Jumaat, 7 Mei 2010

ASSALAMUALAIKUM

Selamat melawat ke Blog Saya....
Kita saksikan dulu Langkah Sembah...
TERIMA KASIH

Antara keunikan kebudayaan di Kelantan ialah masih terdapat gelanggang-gelanggang boxing siam di beberapa tempat di kampung-kampung atau di pinggir bandar biarpun perkembangan dunia hiburan yang dapat dihayati pada media lain.
Semasa saya masih kanak-kanak, gelanggang silat dan boxing boleh dikatakan ada di merata kampung. Maklumlah pada zaman itu masih belum ada hiburan seperti hari ini.
Musim lepas menuai, kami bermain layang-layang di sawah padi. Malamnya selepas mengaji quran, kami akan bergegas ke tempat anak-anak muda berlatih dikir barat. Mana-mana yang berminat untuk belajar silat, boxing akan ke gelanggang masing-masing.
Pelbagai jenis silat boleh dipelajari, daripada silat tari, silat jatuh, silat pulut, hinggalah kepada silat tongkat dan silat menggunakan keris. Cukup memberangsangkan jiwa anak-anak muda Melayu di Kelantan pada masa itu.
Zaman saya muda remaja juga tidak berlaku kecurian kabel elektrik , kecuriang besi penutup tangki najis dan sebagainya seperti yang ada pada hari ini.
Saya tidak ingin bercerita panjang mengenai kecurian yang diimbas di atas, apa yang ingin saya berkongsi rasa kagum ialah masih terdapat gelanggang boxing di Kelantan pada hari ini.
Samada kita menganggapnya sebagai sukan atau seni.. terserah kepada individu.
Lantaran, sesekali anda berkunjung ke Kelantan, luangkanlah sedikit waktu untuk menjenguk mana-mana kampung yang masih terdapat bangsal beratapkan nipah tempat pemuda belajasilat atau boxing, atau pasang telinga sekejap untuk mendengar irama gendang silat.
Apalah yang ingin kita banggakan dengan seni budaya orang lain kalau pada akhirnya jiwa raga kita tergadai.
Sedarlah... apakah nanti kampung kita, pekan kita tercinta dimiliki orang lain...
SELAMAT MENJELAJAH DARI BLOG KE BLOG

1 ulasan:

  1. inilah seni kita,sukan,hiburan dan warisan utk ank cucu

    BalasPadam