Khamis, 6 Mei 2010

WAN KEMBANG 1


KITA SAKSIKAN SEKILAS
DEWA MUDA
KLIP INI ADALAH HIASAN, TIADA KENA MENGENA DENGAN TULISAN

KELANTAN memiliki seni budaya tradisional yang unik selain sejarah persinggahsanaan menarik.
Diriwayatkan dalam tahun 1411M (814H) di Kelantan, terdapat seorang Raja beragama Islam bernama Raja Kumar. Bagaimanapun sehingga kini ahli-ahli sejarah masih belum dapat mengesan daripada manakah asalnya Raja Kumar berkenaan yang turut menjalinkan hubungan muhibbah dengan Maharaja China.
Selepas pemerintahan Raja Kumar, lahir pula pemerintahan Sultan Iskandar sehingga 1465M, yang kemudiannya Kelantan diperintah pula oleh Putera Baginga iaitu Sultan Mansur.
Di zaman pemerintahan Sultan Mansur, Kelantan menjadi masyhur hingga ke Melaka yang pada masa itu di bawah pemerintahan Sultan Mahmud Shah. Tetapi pada tahun 1477M, Raja Melaka menghantar bala tenteranya untuk menyerang Kelantan.
Bagaimanapun ianya berakhir dengan satu peristiwa yang menarik, iaitu baginda Sultan Mahmud Shah telah berkahwin dengan Puteri Sultan Mansur yang bernama Onang Kening, yang kemudian menjadi bonda kepada Raja Perak pertama, iaitu Sultan Muzaffar Shah (1528M).
Apabila Sultan Mansur Shah mangkat 1526M (928H), putera baginda, Raja Gombak ditabal menjadi Sultan dengan gelaran "Sultan Gombak".
Setelah baginda Raja Gombak mangkat, cucunda baginda yang dijadikan putera angkat, iaitu Raja Ahmad ditabal menjadi Sultan Kelantan pada 1584M (992H) dengan gelaran Sultan Ahmad. Baginda berkahwin dengan Cik Banun puteri Seri Nara DiRaja, iaitu sepupu kepada Raja Hussein di sebelah isteri Lela Wangsa, Pahang.
Pasangan ini dikurniakan seorang puteri diberi nama Cik Siti Wan Kembang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan