Jumaat, 7 Mei 2010

WAN KEMBANG 2

SANTAI SEKEJAP
SAKSIKAN DEWA MUDA


KLIP INI SEKADAR HIASAN
TIADA KENA MENGENA DENGAN CERITA
Baginda Sultan Ahmad mangkat pada tahun 1589 semasa Che Siti Wan Kembang baru berusia 4 tahun, lantaran Raja Hussein dari Johor telah dilantik untuk menjadi Pemangku Raja Pemerintah Kelantan.
Apabila Raja Hussein mangkat pada 1610, Cik Siti Wan Kembang pun ditabal menjadi Raja Kelantan dan baginda bersemayam di Gunung Chinta Wangsa Ulu Kelantan, kira-kira 40 kilometer ke arah Tenggara Kuala Krai.
Pemerintahan Cik Siti Wan Kembang di Gunung Chinta Wangsa ini menjadi terkenal hingga dikunjungi oleh ramai pedagang-pedagang dari dalam dan luar termasuk dari Arab. Cik Siti Wan Kembang juga dikenali dengan panggilan "Paduka Cik Siti".
Baginda juga mempunyai seekor kijang yang kemudiannya menjadi lambang kebesaran negeri Kelantan.


Semasa pemerintahan Cik Siti Wan Kembang, muncul sebuah lagi kerajaan berpusat di Jembal, di bawah pemerintahan Raja Sakti sekitar tahun 1638. Setelah Raja Sakti mangkat, maka putera Baginda, Raja Loyor pula ditabal menjadi Raja pada 1649M (1059H).

PUTERI SAADONG
Raja Loyor dianugerah dua orang cahaya mata iaitu Raja Sakti (yang mangkat sejak kecil lagi) dan seorang puteri bernama Puteri Saadong.
Hubungan baik terjalin antara Kerajaan Cik Siti Wan Kembang dengan Kerajaan Loyor di Jembal. Cik Siti Wan Kembang kemudiannya mengambil Puteri Saadong sebagai anak angkat bagi tujuan mewarisi takhta kerajaannya nanti.
Puteri Saadong yang cantik jelita, digelar oleh penduduk Gunung Chinta Wangsa sebagai Puteri Wijaya Mala dan perihal kecantikan Puteri Saadong ini kemudiannya sampai kepada pengetahuan Maharaja Siam lalu menghantar utusan untuk meminangnya. Lamaran ini ditolak oleh Puteri Saadong.
Sebaik lamaran Raja Siam ditolak, Puteri Saadong dikahwinkan dengan Raja Abdullah, iaitu sepupunya, dan telah dimahkotakan di Kota Tegayong (Tanah Serendah Sekebun Bunga Cherang Tegayong) dan kemudiannya dipindahkan ke Kota Jelasin di Kota Mahligai.
culik
Puteri Saadong diculik oleh Penglima Tentera Siam bernama Phraya Decho dan dibawa kepada Narai Maharaja Siam (1656-1688). Bagaimanapun Maharaja Siam gagal menyentuh Puteri Saadong.
Akhirnya Puteri Saadong kembali semula ke Kelantan, tetapi berlaku pergaduhan dengan Raja Abdullah yang mengakibatkan Raja Abdullah terkorban kerana kena tikaman cucuk sanggul Puteri Saadong.
sambungan pada WAN KEMBANG 3

Tiada ulasan:

Catat Ulasan