Sabtu, 21 Julai 2012

bukit telaga

aku dilahirkan di sebuah kampung bernama bukit telaga, sebuah kampung pendalaman di barat tanah merah kelantan. bagaimanapun setakat yang aku ingat aku telah bersama dengan ibu siti fatimah mat saman dan ayah tiriki mat sin mat min. kata ibu, beliau berpisah dengan ayah sejak usiaku kirakira setahun. ayah berkahwin lain dan menetap di sebuah kampung berhampiran batu gajah, air asahan.
kami bertiga menetap di sebuah ruamah di tempat bernama alik jatuh. iaitu arah ke barat lagi di bukit telaga. ayah tiri dan ibu bekerja menanam padi dan menoreh getah sebagai pendapatan harian.
hanya sesekali aku dibawa melawat rumah nenek iaitu ibu kepada ayah sebenar wan min wan husin. nenek bernamq siti rani hj arshad.
datukku wna husin pada masa itu mrrupakan seorang imam mukim. kampungkampung sekitar di bawah mukim datuk ialah pak nerali, banggul, gerong, gual mengseta, buluh, bukit balai, kepala bendang,cermin dan gual derahim. manakala kampung di sebelah hulu yang menjadi anak mukim masjid datuk ialah bukit cermin, ulu,kusialn gelugor, kusial, bukit patak dan juga bukit kulim.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan