Jumaat, 27 Julai 2012

TUAN RUMAH


Khamis 26.7.2012 – Hari yang saya sifatkan agak sibuk sebab terpaksa menjadi tuan rumah untuk mesyuarat pengurusan peringkat wilayah jengka, program tadarus, khatam quran kakitangan Felda, majlis berbuka puasa dan terawih.
Felda Bukit Tajau merupakan sebuah rancangan tua yang dibangunkan bermula tahun 1964. Bentuk muka buminya berbukit-bukit dan lebih menarik penerokanya sudah ramai yang tua serta uzur. Ini amat membimbangkan dari segi persiapan samada tenaga ataupun corak persiapan. Orang lama memang sukar untuk berubah. Tegar dengan pendirian sendiri, dan perlu dihormati.
Banyak tempat yang perlu dibuat persiapan.  Pertamanya pejabat perlu kemas, bimbang juga sekiranya bos atau rakan pegawai kanan wilayah menjengu ke pejabat. Laluan antara pejabat ke bangunan JKKK yang akan dijadikan tempat mesyuarat melalui bangunan GPW. Laluan tangga naik dari jalan kawasan perniagaan.
Bilik mesyuarat perlu diberi perhatian, sistem suara, skirting dan kebersihan dalaman.  Saya khuatir sekiranya persiapan yang disediakan tidak lengkap. Buku pelawat, tisu, white board, marker… dan nasib baik terkena bulan puasa, seperkara mengenai sarapan dan lain-lain minuman tidak perlu disediakan.
Mereka yang bakal menghadiri mesyuarat ialah kira-kira 50 orang iaitu semua pegawai kanan wilayah jengka, semua pengurus rancangan Felda jengka 1 hingga jengka 25, kota gelanggi, padang piol, sungai retang, ulu jempol, sungai nerek dan juga kampung awah.
Dimasjid pula persiapan yang perlu dibuat perlu lebih cerewet kerana membabitkan aktiviti khatam quran bersam penduduk Bukit Tajau, khatam quran, ceramah oleh alfadhil qadi maran dan juga majlis berbuka puasa.
Sesekali terasa juga tertekan sekiranya apa yang dirancang kurang menjadi.
Bagaimanapun dengan komitmen tinggi yang diberikan oleh Pengerusi JKKK Tuan Haji Nor Azhar, Setiausaha JKKK Roslan Awang dan Pengerusi GPW Puan Hajah Rosmala, persiapan dapat disediakn dengan kemas dan rapi.
Segala tenaga dikerah dan komand kepada kakitangan perlu tegas.
Aku menunggu sehingga boss Tuan Haji Saari Din (Pengurus Besar Wilayah) berangkat balik lewat malam. Segalanya berjalan lancar tanpa cacat cela.
Bagaimanapun saya masih belum boleh rehat sepenuhnya kerana keesokan pagi masih ada dua program penting iaitu majlis penyampaian cek durian runtuk fasa 2 kepada isteri-isteri peneroka jam 9 pagi bersama Yang Berhormat Dato Ismail Mutalib dan petangnya pula majlis berbuka puasa serta pelancaran jalur gemilang bersama Pegawai daerah Maran di masjid Assakirin .  








Tiada ulasan:

Catat Ulasan