Selasa, 21 Mei 2013

BATANG GETAH BUKIT TAJAU


NAMPAKNYA isu tender jualan batang getah Felda Bukit Tajau bagi tanam semula kali kedua masih juga tidak selesai. Sejak kempen tanam semula dijalankan bermula pertengahan tahun 2012 dijalankan dengan keputusan 250 peneroka bersetuju untuk menukar tanaman getah kepada kelapa sawit, hingga ini pokok getah lama masih juga belum dapat di tebang.

Tender menerusi akhbar tempatan oleh pihak ibu pejabat FELDA Febuari 2013 kurang mendapat sambutan dan sebut harga yang dibuat oleh kontraktor berminat juga terlalu rendah. Ini membuatkan pihak peneroka menerusi JK Tanam Semula dan JKKK dan FELDA terpaksa membuka semula peluang kepada penender baru.

Satu syarikat yang dipilih oleh pihak JKKK yang telah dibawa ke ibu pejabat dan bersetuju untuk membeli kayu getah pula gagal membayar wang pertaruhan sebanyak 5 peratus daripada nilai harga dalam tempoh yang di tetapkan. Ini membuatkan pihak JKKK mencadangkan supaya syarikat ini di batalkan.

Hingga hari ini ramai broker yang mula bertanya dan hingga hari ini, belum ada satu kontraktor yang betul-betul memberikan komitmen dengan menyebut harga yang selesa dan sanggup membayar wang pertaruhan 5 peratus.

AKU sebenarnya kesian dengan peneroka Bukit Tajau kerana pokok getah telah kurang berfungsi, rosak teruk, semak, hasil entah ke mana, bergantung kepada tenaga menoreh buruh Kemboja yang perolehan kepada tuan kebun tidak seberapa.

Hari ini, 21.5.2013 - satu kontraktor datang ke pejabat merunding harga tanpa memasuki kebun untuk melihat sendiri kawasan, satu kontraktor lagi memasuki kebun secara detail membuat lawatan tetapi tidak menyebut harga yang ditawarkan, satu kontraktor lagi akan sampai petang ini dan khabarnya malam nanti akan ada satu wakil pemborong akan berbincang mengenai tender ini.

Harapnya, proses penebangan dan membongkar pokok getah ini berjaya dilaksanakan juga pada bula ini. Mei 2013.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan