Khamis, 9 Mei 2013

LAMA TAK JENGUK BLOG

Sebenarnya sudah terlalu lama aku tidak menjenguk blog ku sendiri. Maklumlah sekarang ni musim sibuk. Pelbagai urusan yang terpaksa dibereskan. Dari hari ke hari hanya mengharapkan esok tidak lagi sibuk. Esok pula mengharapkan lusa yang tidak sibuk.

Namun rupanya urusan itu tetap hadir selagi kita masih berurusan dengan kehidupan.

Hari ini 9 Mei 2013 - iaitu hari yang ke 3 selepas keputusan pilihanraya umum ke 13 negara ini diumumkan yang memihak kepada Barisan Nasional menerajui negara. Tahniah kepada Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak yang masuk penggal kedua mengepalai negara.

Sesungguhnya pilihan ini adalah pilihan rakyat hasil daripada dasar negara demokrasi. Hasilnya BN memperoleh 133 kerusi manakala gabungan (PAS 21, PKR 30 dan DAP 38) 89 kerusi.

Bagaimanapun apa yang dikesalkan ialah apabila sesetengah pihak yang masih belum berpuashati dengan kekalan yang mereka terima. Sebenarnya bukan kalah, banyak undi yang memihak kepada pembangkang cuma tinggal lagi tidak memperolehio undi hingga dapat menerajui negara.

Malam tadi, 8 Mei 2013, pembangkang mengadakan perhimpunan besar-besaran di stadium Kelana Jaya, Selangor. Malaysiakini melaporkan seramai 120,000 orang membanjiri stadium berkenaan.

Soalannya, kenapa berhimpun? Sekiranya masih ada keraguan, maka sertakan bukti yang sahih dan tuntutlah mengikut saluran sebenar.

Apa yang kita bimbang ialah, kita berbalah sesama kita hingga orang lain berani untuk turut melawan .

Tiada ulasan:

Catat Ulasan