Ahad, 26 Mei 2013

MASIH BELUM MENJADI

TENDER jualan batang getah Felda Bukit Tajau hingga hari ini 27.5.2013 masih juga belum menjadi. Ramai broker yang berminat, namun tidak ada juga kontraktor yang tampil dan menunjukkan komitmen untuk membuat sebutan harga seperti yang diinginkan oleh peneroka dan belum ada yang tampil untuk meletakkan deposit 5 peratus dari nilaian harga kayu.

Satu kontraktor berminat hanya menghantar deposit sebanyak RM40,000.00. Ini masih jauh di bawah paras 5 peratus yang ditetapkan iaitu menghampiri RM200,000.00. Bagaimanapun masih ada yang turut merisik dan bertanya khabar. Penjelasan yang diberikan ialah ada satu kontraktor yang berminat dengan harga di paras melebihi RM2200 seekar.

Apa yang aku risaukan ialah, ladang getah di Bukit Tajau semakin semak. Apabila ladang semak harga tender jualan batang getah akan semakin rendah kerana kebersihan kebun juga menjadi penentu kepada harga.

Beberapa perkara yang berkaitan dengan perkara ini ialah masalah pendapatan peneroka rancangan ini. Kesemua peneroka sudah berumur dan tidak lagi mengusahakan kebun. Sumber pendapatan mereka hanya bergantung kepada hasil lot dudun sawit seluas dua ekar.

Bagaimanapun pendapatan dari lot dusun berkenaan hanya sekitar RM300 hingga RM800 sahaja sebulan. Ini menjadi masalah kerana kebanyakan peneroka di sini membela cucu dan ramai kalangan mereka adalah ibu tunggal. Malah ramai juga kalangan anak-anak peneroka serta cucu peneroka yang menjadi ibu tunggal dan terpaksa menyara anak yang ramai.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan