Isnin, 13 Mei 2013

ORANG MELAYU BELUM SEDAR

Isu pilihanraya nampaknya masih belum reda bila pihak yang kalah masih menganjurkan perhimpunan melahirkan rasa tidak puashati terhadap keputusan PRU13 yang memihak kepada Barisan Nasional. Perhimpunan demi perhimpunan diadakan dengan tuduhan mengatakan pihak SPR menipu. Hairannya dalam masa kempen, hak berkempen telah diberi kepada mana-mana parti bertanding selama dua minggu. Masing-masing pihak parti bertanding sudajpun berkempen.

Dalam bilik pengiraan undi juga agen-agen parti bertanding juga turut berada dan memerhati bagaimana pengiraan dan penjumlahan undi dijalankan. Malah pemerhati bebas dan sulit turut disediakan oleh pihak SPR. Di mana lagi dikatakan penyelewengan undian berlaku. Sebelum ini tuduhan penyelewengan ini turut dibuat sehingga pihak SPR melaksanakan sistem dakwat kekal.

Namun apabila keputusan pilihanraya di ketahui pada jam 1.00 pagi 5.5.2013, pihak pembangkang masih belum berpuas hati dengan kemenangan Barisan Nasional.

namun sesuatu yang menyedihkan bila undi pilihanraya kali ini berpihak kepada DAP iaitu antara parti yang turut berada dalam pakatan Rakyat bersama dengan PAS serta keADILan. Nampaknya kaum cina begitu memberi komitmen untuk menjatuhkan UMNO serta Barisan Nasional.

Semasa penamaan calon juga, kenapa presiden parti MCA Cua Soi Lek tidak bertanding. Apakah ini suatu menifestasi bahawa kaum Cina akan memberi undi kepada DAP yang telah diketahui oleh masyarakat Cina. seperkara lagi, MCA pula tidak ingin menerima apa-apa jawatan kabinet dalam kerajaan juga menjadi persoalan. Alasan mereka ialah kerana bertanggungjawab kerana kekalahan MCA atau ada agenda sebaliknya.

Presiden Gerakan juga Tan Sri Koh Tsu Koon akan melepaskan jawatan sebagai presiden. kenapa.

Tidak mengapa , itu adalah persoalan orang Cina. Yang menghairankan, setelah kita mengetahui bahawa kaum Cina mula meninggalkan MCA serta DAP dengan memberi undi kepada DAP, kenapa pula PAS masih lagi berdegil untuk bersatu dengan UMNO.

Tok Guru Nik Abdul Aziz bertegas tidak akan bersatu dengan UMNO kerana UMNO memperjuangkan kebangsaan. Sebenarnya walaupun kebangsaan, tetapi UMNO masih lagi Melayu dan Islam. Kenapa Nik Aziz boleh pula bersatu dengan Cina yang juga memperjuang kebangsaan tapi kebangsaan Cina dan bukan islam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan