Rabu, 8 Mei 2013

PERASAAN TERHADAP DIRI

Aku nampak ada sesetengah kita yang terlalu angkuh. Maksudnya hanya nampak diri sendiri tanpa mengambil kira sensitiviti atau perasaan orang lain. Ramai yang merasa beliau layah untuk bertanding pilihanraya, beliau yang layak menjadi pemimpin, beliau yang layak mendapat itu dan ini.

Namun hakikatnya kita hanya mampu membuat yang terbaik untuk diri sendiri tetapi orang lain yang membuat penilaian. Sekiranya kita benar-benar layak, kita pasti diangkat oleh Tuhan ke tempat itu. Nasib baik akan tetap menyebelahi kita.

Dengan kata lain, sekiranya orang lain mengatasi kita, jawapannya ialah kita tidak layak. Usah tangisi itu semua. Ada hikmahnya kenapa kita tidak diletakkan di tempat itu. Sama halnya dengan zaman persekolahan dahulu. Ada rakan-rakan yang tergolong dalam kumpulan pintar, ada juga yang terlalu lembap.

Bagaimanapun setelah dewasa, dan kita berada di dunia sendiri, masing-masing mampu membuat yang terbaik di bidang masing-masing. Seorang pengayuh beca cemerlang di bidangnya. Seorang tukang gunting juga terlalu mahir di bidangnya .

Oleh itu, sabar dan redha adalah penawar segalanya.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan