Rabu, 19 November 2014

RANCANGAN TERAKHIR

Aku melangkah ke RANCANGAN ITU  penuh longlai sebenarnya. Rasanya rancangan itu merupakan rancangan YANG AGAK terkebelakang antara mana-mana rancangan felda di malaysia. ianya sebuah rancangan yang asalnya ditanam pokok getah dan aku memang tidak suka dengan rancangan getah sejak berkhidmat dengan Felda.

Semasa memulakan tugas dengan Felda aku ditempatkan di semua rancangan sawit bermula di lepar utara 2, felda chiku 2, Rantau Abang 2, Chemomoi, Felda Tersang 2, Perasu, Kemahang 1 serta Kemahang 2 dan terakhirnya Felda Chiku 5 sebelum ke situ.

Bagaimanapun demi tugas, selagi mampu menjadi penjawat awam yang diberi gaji maka aku tetap memasuki rancangan ini biarpun dengan separuh perasaan.

Ianya sebuah rancangan lama yang dibangunkan pada tahun 1964 dengan migrasi penerokanya dari Pahang, Kelantan dan Terengganu.

Aku pasti yang aku akan berdepan dengan pelbagai masalah di sini. Pernah kawan-kawan daripada rancangan getah membawa khabar sebelum ini bagaimana para peneroka kurang menghantar hasil kepada pihak Felda, menjual kepada tokeh cina berhampiran lantaran ingin mendapatan tunai segera. Itu amat membimbangkan aku.

Aku kuatkan juga semangat. ...................... bersambung.


catatan ini sedang dikemaskini...............................



Tiada ulasan:

Catat Ulasan