Ahad, 15 November 2015

CIKGU

KAMI bertemu semula di masjid utama bandar ini. Alhamdulillah, setelah berpisah puluhan tahun. Aku memang hormati dia sebagai seorang guru yang baik. Guru yang banyak berjasa kepadaku. Daripada semangat yang beliau tanam, aku berjaya dalam peperiksaan Sijil Rendah Pelajaran (SRP) dan dapat melanjutkan pelajaran ke aliran sains.

Cikgu Z merupakan guru tunggal dari luar Kelantan di sekolah kami masa itu. Disebab beliau datang dari utara semenanjung, cikgu Z menjadi perhatian bukan sahaja dari kalangan pelajar, tetapi juga menarik perhatian penduduk kampung.

Sekolah kami memang sebuah sekolah menengah rendah di kawasan pendalaman.Faktor pendalaman inilah juga maka apabila seseorang pendatang baru dari luar Kelantan, orang kampung akan merasa mereka yang datang itu tetap hebat. Memang hebat pun, dia merupakan seorang guru muda, kacak dan masih bujang.

Dari apa yang kami tahu, guru kacak ini baru keluar dari maktab perguruan dan inilah sekolah pertama tempat beliau ditugaskan. Dia mengajar ilmu hisab (metametik) dan di luar kelas beliau merupakan jurulatih ragbi serta beberapa acara olahraga.

Ramai juga kalangan pelajar perempuan yang nampaknya turut menunjukkan minat terhadap guru muda yang kacak ini. Namun kami kalangan pelajar lelaki ini kagum kerana guru yang kami sayangi ini tidak melayan kerenah pelajar perempuan yang cuba dengan pelbagai cara memikat cikgu z.  Terbetik juga di hatiku, alangkah nagusnya kalaulah aku yang menjadi guru seperti ini,

Seperti yang telah aku katakan. Memang cikgu yang kami sayangi ini menarik perhatian penduduk kampung. Belum sampai setahun beliau di situ, telah ramai penduduk kampung kalangan pemuda mula berkawan dengannya. Ada yang mengajak ke hutan, ada yang mambawa berburu dan memancing.

Paling menarik telah ada gadis sunti yang mula datang untuk belajar waktu malam di rumah cikgu Z. Aku ingin namakan gadis ini sebagai K sahaja.  Kemudian nampaknya K turut menghantar makanan ke rumah cikgu z. Saban petang K menghantar makanan ke rumah cikgu z. Kami selaku pelajar hanya mampu memerhati biarpun telah ada suara luar kalangan orang tua yang mula bercakap mengatakan, cikgu z nanti pasti tak balik kampung (maksudnya berkahwin dengan gadis kampung kami).

Ada juga sesekali adik kepada cikgu z datang dan menyedari keadaan itu telah menasihati cikgu z. namun , itulah, cikgu z telah mula merasakan perbuatan menerima makanan gadi kampung itu perkara biasa dan tidak mempunyai sebarang niat.

Namun akhirnya , kami dapat tahu bahawa cikgu z mula terpikat dengan gadis pembawa makanan ke rumah itu. Adik lelaki cikgu z yang datang dari jauh untuk menghabiskan masa seketika bersama cikgu z juga khabarnya menentang keras hubungan cikgu z dengan gadis itu. Akhirnya adik cikgu z balik kampung dan tidak lagi datang menjenguk cikgu z. itulah khabarnya.

Sebaik mendapat keputusan peperiksaan Sijil Rendah Pelajaran (SRP), aku meninggalkan kampung dan memasuki tingkatan empat aliran sains di Sekolah Menengah Ismail Petra Kota Bharu. Berita mengenai cikgu z, tidak lagi aku ketahui kecuali cikgu z berkahwin juga dengan gadis kampung jang selalu menghantar makanan ke rumahnya selama ini.

Mereka hidup bahagia. Cikgu z bertukar ke beberapa buah sekolah dan jawatan terakhir adalah menjadi pengetua salah sebuah sekolah di daerah ini.

Namun ada cerita yang kurang enak di dengar ialah isteri cikgu z telah mempunyai hubungan dengan seorang lelaki lain sehingga mereka berpisah.

Aku selalu jumpa cikgu z kini semasa solah berjemaah di masjid bandar ini.

Bagaimanapun apa yang menyentuh hati kecilku ialah, walaupun mereka berpisah, cikgu z dan isterinya masih tinggal serumah.

Cikgu z tinggal yang menduda rupanya tinggal di tingkat atas manakala bekas isterinya yang telahpun berkahwin lain tinggal di tingkat bawah.

Bagaimanapun hati kecilku tetap berbisik: Kesian Cikgu Z. Terpaksa mengharungi hujung usia kesaorangan, mengintai kebahagiaan bekas isteri bersama orang lain di tingkat bawah. Cikgu Z banyak berkorban membuang keluarga kerana berkahwin gadis kampung di sini.

Cuma, hatiku terubat kerana aku melihat wajah cikgu Z yang bersih dan tenang tiap kali kami berjemaah bersama di masjid ini.

....................... sedang dikemaskini... 15.11.2015








Tiada ulasan:

Catat Ulasan